Kerap Terkucil Tanpa Sengaja? Rawat Di Klinik Amisi

Berbelanja produk Amisi Apothecary dengan bayaran 3 Kali oleh Hoolah!

Kerap Terkucil Tanpa Sengaja? Rawat Di Klinik Amisi

Kerap Terkucil Tanpa Sengaja? Rawat Di Klinik Amisi. Terkucil mungkin menjadi bahan jenaka bagi sesetengah pihak, namun siapa sangka masalah ini semakin menular dalam diam akibat sering dipandang remah oleh masyarakat. Kira-kira 423 juta populasi dunia menghidapi masalah terkucil. Daripada jumlah ini, statistik semasa menunjukkan 44.1% kes adalah melibatkan mereka yang sudah berkahwin.

Sebenarnya masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, namun lebih cenderung berlaku di kalangan wanita. Secara khususnya, terkucil melibatkan 7% wanita yang berusia antara 20-39 tahun, 17% yang berusia antara 40-59 tahun, 23% yang berusia antara 60-79 tahun dan 32% bagi wanita yang berusia 80 tahun dan ke atas. Dengan kata lain, risiko terkucil meningkat seiring dengan pertambahan usia seseorang. 

Terkucil boleh mengganggu kestabilan kesihatan mental kerana membuatkan seseorang berasa malu, tidak selesa dan mencetuskan anxiety ketika berada di khalayak ramai. Malah bagi mereka yang beragama Islam, terkucil seolah-olah menjadi batu penghalang kepada kesempurnaan amalan ibadat.

Bagaimana Masalah Terkucil Boleh Terjadi?

Umum mengetahui bahawa masalah kerap terkucil tanpa sengaja merupakan komplikasi awal bagi wanita yang telah menopaus. Ini terjadi disebabkan oleh kelemahan otot dan tisu yang menyokong sistem perkumuhan iaitu pundi kencing dan otot sfinkter uretra. Otot sfinkter uretra berfungsi mengawal bukaan laluan air kencing yang menghalang masalah terkucil daripada terjadi. Namun gaya hidup tidak sihat seperti tabiat menahan kencing menyebabkan pundi kencing tidak dapat menahan kandungannya terutamanya ketika ketawa, bersin dan mengangkat beban. 

Antara faktor utama yang boleh menyebabkan masalah terkucil adalah:

  1. Menopaus. Kitar haid yang terhenti turun mengganggu penghasilah hormon estrogen dan testosterone lalu menyebabkan otot lantai pelvik dan sfinkter uretra menjadi lemah lalu menyebabkan masalah terkucil. 
  2. Komplikasi mengandung dan bersalin. Ramai yang tersalah anggap bahawa bersalin merupakan punca masalah terkucil di kalangan wanita, sedangkan pada hakikatnya tidak. Sebenarnya kehamilan itu sendiri yang mencetuskan masalah terkucil. Ketika hamil, lantai pelvis ditekan oleh kandungan lalu membuatkannya melendut. Jika otot tersebut tidak ditegangkan semula selepas bersalin, ia tidak akan kembali ke keadaan asal lalu menyebabkan masalah terkucil.
  3. Peningkatan usia. Penuaan membuatkan kekuatan otot pada pundi kencing menjadi lemah lalu mengurangkan kemampuannya untuk menyimpan air kencing. Selain itu, pengecutan pundi kencing juga menjadi semakin kerap apabila semakin berumur.
  4. Pembesaran prostat dan kanser prostat. Bagi lelaki yang lebih berusia, masalah terkucil sering terjadi seiring dengan pembesaran kelenjar prostat. Selain itu, kanser prostat dan rawatannya juga boleh menyebabkan masalah terkucil di kalangan lelaki. 
  5. Komplikasi penyakit kronik seperti kencing manis, arthritis, dementia dan strok. Penyakit kronik boleh menyebabkan kerosakan saraf yang menghalang isyarat kawalan pundi kencing, seterusnya menyebabkan masalah terkucil. 

Apakah Jenis-Jenis Terkucil yang Perlu Anda Tahu?

  • Terkucil stres (stress incontinence). Jenis terkucil yang paling kerap terjadi ini menyebabkan air kencing terkeluar apabila berlakunya tekanan pada pundi kencing. Tekanan ini boleh disebabkan oleh batuk, bersin, ketawa, bersenam atau ketika mengangkat beban. 
  • Terkucil mendesak (urge incontinence). Bagi jenis ini, seseorang akan tiba-tiba berasa mahu membuang air kecil yang diikuti oleh pengeluaran air kencing tanpa sengaja. Ini membuatkan seseorang kerap membuang air kecil termasuklah sepanjang malam. Terkucil mendesak boleh disebabkan oleh keadaan tertentu seperti jangkitan kuman, penyakit saraf dan kencing manis.
  • Terkucil limpahan (overflow incontinence). Terkucil limpahan akan membuatkan seseorang kerap atau sentiasa mahu membuang air kecil kerana pundi kencing yang tidak dikosongkan secara sempurna.
  • Terkucil fungsian (functional incontinence). Terkucil jenis ini disebabkan oleh masalah fizikal dan mental yang menghalang seseorang daripada sempat pergi ke tandas untuk membuang air kecil. 
  • Terkucil pelbagai (mixed incontinence). Bagi mereka yang menghidapi terkucil pelbagai, mereka akan mengalami lebih daripada satu jenis terkucil yang dinyatakan di atas. Kebiasannya ia terdiri daripada gabungan terkucil stres dan terkucil mendesak. 

Rawat Masalah Terkucil di Klinik Amisi

Jangan ambil mudah jika anda mengalami masalah terkucil. Kebiasannya mereka yang menghidapi masalah terkucil akan diberikan latihan khusus untuk mengawal pembuangan air kecil termasuklah senaman kagel dan kaalan masa pembuangan air kecil.

Nak tahu cara paling mudah untuk mengatasi masalah terkucil tanpa sengaja? Rawatan masalah terkucil di Klinik Amisi merupakan kaedah yang paling selamat, berkesan dan diyakini ramai. Dengan menggunakan teknologi elektromagnatik EMSELLA™ yang terbukti 11,200 kali lebih berkesan daripada senaman Kagel, hanya lebih kurang 30 minit diperlukan untuk setiap sesi rawatan.  Malah pesakit tidak perlu membuka pakaian untuk melakukan rawatan ini. 

Rujukan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Rawatan Terkucil di Klinik Amisi yang menggunakan rawatan terbaharu yang terdapat di pasaran.

Tanya kami hari ini juga supaya anda dapat mengembalikan potensi hidup anda seperti sebelum ini.