fbpx

CLEARANCE SALE sehingga 50% OFF. Berbelanja produk Amisi Apothecary dengan bayaran ANSURAN 3 Kali oleh Hoolah & Atome. Klik Sini

Klik sini untuk mengetahui PROMOSI RAWATAN YEAR END SALE KLINIK AMISI

Days
Hours
Minutes
Seconds

Mahu Sihat? Ikuti 5 Tips Diet Ini Secara Betul!

Setiap orang mempunyai tips diet yang berlainan. Ini kerana, ia bergantung kepada tujuan masing-masing.

Ada yang nak turunkan berat badan, ada yang nak meningkatkan keyakinan diri dan ada juga yang nak sihat.

Jika anda ingin memulakan diet, pastikan anda mempunyai tujuan yang jelas kerana matlamat inilah yang akan membantu anda cekal sampai ke garisan penamat.

Matlamat sahaja tak cukup, anda juga perlu tahu cara untuk berdiet dengan betul supaya tidak membahayakan kesihatan anda.

Nak tahu cara diet yang betul? Teruskan membaca!

Definisi Diet yang Sihat

tips diet

Diet yang sihat adalah pengambilan makanan yang terdiri daripada pelbagai sumber secara seimbang. 

Pengamalan diet yang sihat akan memberikan tenaga dan pelbagai zat bagi mengekalkan kesihatan serta mendapatkan tenaga harian yang mencukupi.

Badan kita memerlukan protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral tertentu untuk berfungsi dengan baik. 

Oleh itu, amalkan makanan yang terdiri daripada pelbagai sumber bijirin, buah dan sayur, daging, ikan, ayam, kekacang dan produk tenusu untuk memenuhi keperluan badan anda.

Bagi mereka yang memerlukan 1,500-2,500 kcal sehari, pastikan hidangan anda berdasarkan kiraan kalori seperti berikut:

  • 60% jumlah kalori – karbohidrat (50% karbohidrat kompleks + 10% gula ringkas)
  • 15% jumlah kalori – protein
  • 25% jumlah kalori – lemak

Ya, anda juga perlukan lemak dalam diet tetapi pastikan ianya jenis lemak yang baik.

Apakah Makanan Yang Diperlukan di Dalam Diet?

Perkara penting untuk anda tahu sebelum berdiet adalah anda perlu makan. Terkejut, bukan? 

Tetapi, ini kerana badan anda perlukan nutrien daripada makanan.

Jangan amalkan konsep berlapar kerana ianya bukanlah diet yang sihat sebaliknya makanlah mengikut panduan di bawah:

  • Protein

protein

Anda boleh dapatkan protein dalam semua jenis daging tetapi yang paling banyak kandungan protein ialah daging ayam dan lembu.

Namun, elakkan daging yang diproses seperti sosej, daging burger kerana ianya tinggi kandungan sodium dan lemak.

Selain itu, ikan, telur, kacang dan tofu juga merupakan sumber protein yang baik.

Anda perlu pastikan protein dalam makanan anda tidak terjejas semasa proses memasak. 

Ini kerana cara memasak juga membawa perbezaan dalam diet anda.

Cara memasak yang baik untuk elak merosakkan kandungan protein adalah stim, rebus dan panggang.

  •  Gandum

Gandum adalah sumber utama karbohidrat yang perlu ada dalam diet, kerana badan anda memerlukan serat dan vitamin yang terkandung dalam karbohidrat. 

Antara makanan dalam kategori ini adalah nasi, roti, bijirin dan pasta.

  • Lemak

tips diet gandum

Antara perkara utama yang anda perlu faham sebelum berdiet adalah tidak semua jenis lemak menyebabkan kegemukkan.

Terdapat jenis lemak yang sihat iaitu yang terdiri daripada lemak sayuran dan buah-buahan seperti kacang, aprikot dan zaitun. 

Lemak haiwan yang paling sihat pula boleh didapati dalam daging ikan. 

  • Tenusu 

Produk tenusu mengandungi vitamin D dan lemak tepu yang boleh membantu mengurangkan tahap kolestrol dalam badan.

Antara produk tenusu yang anda boleh amalkan ialah susu, mentega, keju dan makanan lain yang diperbuat daripada susu.

Anda juga boleh amalkan produk berasaskan soya atau kekacang sebagai alternatif bagi produk tenusu. 

  • Sayur-sayuran

tips diet - sayur sayuran

Sayur-sayuran mempunyai kandungan kalori yang rendah dan kandungan serat dan mineral yang tinggi. 

Selain daripada melengkapkan nutrien yang diperlukan oleh badan anda, sayuran juga boleh bantu merangsang deria rasa.

Cara memasak sayuran yang boleh mengekalkan kandungan vitamin dan mineral adalah stim dan panggang. 

  • Buah-buahan

Buah-buahan mengandungi kalori yang rendah, kaya dengan vitamin dan serat. 

Yang lebih menariknya, hampir kesemua buah-buahan di dunia bebas lemak. 

Anda boleh amalkan buahan segar atau jeruk buah tetapi anda perlu pastikan gula yang ditambah adalah dalam kuantiti yang sedikit untuk elakkan kalori tambahan.

Ketahui 5 Tips Diet Sebenar

tips diet sebenar

Terdapat banyak mitos yang berkaitan dengan diet sehinggakan ramai orang mengamalkannya dengan cara yang salah. 

Cara diet yang salah adalah tidak sihat dan ia boleh memberi impak negatif kepada kesihatan tubuh badan. 

Oleh itu, kami akan kongsikan bersama anda mengenai 5 tips diet yang betul. 

  • Sarapan 

Tips diet yang pertama adalah sarapan. Terdapat sesetengah orang percaya jika anda lewatkan sarapan, anda boleh turunkan berat badan tetapi ia sebenarnya mitos.

Jika anda sarapan lewat, anda mungkin boleh menyebabkan perut terkena gastrik.

Selain itu, anda juga akan lebih cenderung untuk makan dengan kuantiti yang banyak ketika makan tengah hari.

Jadi, sia-sia sahaja jika anda lewatkan atau tidak mengambil sarapan. 

  • Waktu makan malam

Waktu makan malam yang disarankan adalah 2-3 jam sebelum tidur bagi memastikan proses pencernaan berjalan lancar sebelum badan mengalami Resting Metabolic Rate (RMR).

RMR menyebabkan badan menggunakan tenaga yang sangat minimum bagi tujuan bernafas, kitaran darah, degupan jantung dan aktiviti otak.

Badan kita pula memerlukan 4 jam untuk makanan melepasi perut dan dicerna dengan betul.  

Manakala, 6-8 jam untuk menjalankan proses pencernaan hingga melepasi usus besar.

Jika anda tidur sebelum proses pencernaan dalam perut selesai, badan akan gunakan tenaga yang sedikit untuk mencerna makanan di dalam perut dan boleh menyebabkan kegemukan.

  • Karbohidrat 

Salah satu tips diet yang kita selalu dengar adalah jangan ambil karbohidrat sedangkan ia adalah sumber tenaga yang utama. 

Pecahan karbohidrat kompleks akan menjadi glukosa yang diperlukan badan untuk bergerak.

Jika anda mengambil dalam kuantiti yang melebihi daripada yang diperlukan barulah boleh menyebabkan kegemukan. 

  • Makanan rendah lemak

Seperti yang dibincangkan di atas, lemak diperlukan dalam diet seharian tetapi anda perlu berhati-hati dengan dua jenis lemak iaitu lemak tepu dan lemak trans. 

Jika diambil kedua lemak itu secara berlebihan, anda bukan sahaja boleh meningkatkan kolestrol tetapi boleh mengundang kepada masalah jantung dan strok. Makanan rendah lemak adalah lebih baik. 

Oleh itu, pastikan anda membaca info makanan pada pek-nya bagi mengetahui jumlah kalori lemak yang anda ambil.

  • Bila anda perlu diet 

Kebiasaannya, apabila seseorang itu mempunyai berat badan ideal, dia tidak akan mengamalkan diet yang sihat tetapi di situlah silapnya.

Anda masih perlu diet untuk mengawal kuantiti dan kualiti makanan bagi penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

Namun, mengamalkan tips diet ini sahaja tidak akan berkesan jika anda tidak gandingkan dengan aktiviti fizikal untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. 

Anda boleh amalkan senaman yang mudah seperti berjalan dan berenang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 

Oleh itu, pastikan anda mengamalkan diet yang sihat dan seimbang serta lakukan aktiviti fizikal bagi membakar lemak-lemak yang tidak diperlukan pada badan anda.

Terdapat lagi satu cara untuk membuang lemak pada badan anda iaitu dengan dapatkan rawatan di Amisi! 

amisi

Amisi merupakan pusat rawatan dan kesihatan wanita terunggul yang menawarkan perkhidmatan kelas pertama.

Anda boleh dapatkan khidmat konsultasi dan pemantauan dalam menguruskan berat badan dan lemak berlebihan di Amisi.

Anda juga boleh mendapatkan rawatan buang lemak dengan Amisi yang dijamin selamat dan berkesan.

Tak perlu risau kerana rawatan di Klinik Amisi sentiasa di bawah pemantauan pegawai perubatan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh dapatkan penjagaan dan rawatan pelvik, pengurusan hormon wanita dan rawatan klinikal penjagaan wajah yang advance!

Semenjak penubuhannya pada 2017, lebih daripada 500 pesakit yang berpuas hati dengan rawatan dan penyelesaian yang diberikan.

Anda juga tidak perlu risau kerana ahli terapi dan staf di Amisi adalah terlatih dan berkelayakan untuk membantu anda.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan konsultasi atas talian yang bermanfaat untuk anda. 

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published.