Terkucil / Kerap Kencing - Hentikannya Dengan Rawatan di Klinik Amisi. - Amisi Post-Natal Aesthetic Clinic
logo

Terkucil / Kerap Kencing – Hentikannya Dengan Rawatan di Klinik Amisi.

rawatan-terkucil

Rawatan Terkucil Tanpa Pembedahan Yang Mudah Dan Berkesan

Terkucil atau masalah terkencing berikan kesan kepada jutaan orang, tidak kira lelaki atau wanita. Keadaan ini memberikan tekanan kepada penhidap masalah ini. Ia juga turut memalukan dan menganggu kualiti hidup seseorang.

Adakah Saya Mengalami Terkucil / Kerap Kencing?

Jika anda terkencing ketika batuk, bersin atau ketika melakukan aktiviti senaman atau berjalan atau sering berasa perlu ke tandas, anda mungkin mengalami masalah ini. Ini bukan sahaja mempengaruhi aktiviti harian, tetapi juga memberi kesan besar kepada kehidupan intim anda.

Bagi mereka yang beragama islam, terkucil ini sangat-sangat menganggu terutama ketika solat. Ketahui kaedah atasi masalah terkucil solat di sini.

Kenapa ia berlaku?

Terdapat beberapa faktor masalah ini berlaku terutama kepada wanita antaranya proses kelahiran, proses penuaan, obesiti, dan perubahan hormon seperti menopaus. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan otot lantai pelvik menjadi lemah. Apabila ini berlaku, otot lantai pelvik tidak lagi dapat menyokong organ-organ pelvik dengan berkesan, dan ini menyebabkan masalah seperti “Urge Incontinence”, “Stress Incontinence”, “Overflow Incontinence” dan “Mixed Incontinence”. Jadi, apa pilihan yang ada untuk atasi masalah ini?

Jenis-jenis masalah terkucil bagi wanita

Emsella Rawat Terkucil / Kerap Kencing Tanpa Pembedahan

Emsella adalah peranti pertama dalam jenisnya. Ia telah mendapat kelulusan FDA untuk merawat terkucil / kerap kencing pada lelaki dan wanita. Satu sesi Emsella menghasilkan kekuatan bersamaan 12,000 kali senaman Kegels. Emsella menggunakan Teknologi Elektromagnetik Berfokus Intensiti Tinggi atau dipanggil HIFEM. Ini merangsang otot lantai pelvik yang dalam untuk membantu mengembalikan kawalan neuromuskular.

hasil rawatan terkucil sebelum dan selepas

Ribuan pergerakkan otot lantai pelvik dihasilkan dalam tempoh 30 minit pada satu-satu sesi Emsella. Stimulasi ini membantu otot anda menjadi lebih kuat dan mendapatkan kawalan semula. Menurut kajian yang dijalankan oleh National , 95% pesakit melihat peningkatan yang signifikan dalam kualiti hidup mereka selepas Emsella.

testimoni hasil rawatan terkucil di klinik amisi

Adakah saya calon sesuai untuk Emsella?

Rawatan bagi masalah terkucil / kerap kencing dengan Emsella sesuai untuk lelaki dan wanita dari pelbagai peringkat umur. Tetapi terdapat beberapa. kondisi yang menghalang anda dari mendapatkan rawatan dengan Emsella. Ini termasuk:

  • Masalah jantung
  • Implan logam pada bahagian pinggul
  • Pacemaker jantung
  • Kehamilan
  • Defibrilator atau neurostimulator yang ditanam
  • Kelemahan paru-paru
  • Masalah berkait dengan Hemorrhagic
  • Terapi cair darah
  • Penggunaan IUCD logam
  • Demam

Pelan Rawatan Emsella

Setiap sesi rawatan terkucil / kerap kencing dengan Emsella mengambil masa kira-kira 30 minit. Setiap sesi perlu dijarakkan sekurang-kurangnya dua hari. Secara purata, bagi mendapatkan hasil yang optimum, anda perlu menjalani siri rawatan antara 4 ke 6 sesi. Anda juga mungkin memerlukan lebih dari 6 sesi bergantung kepada tahap lemah otot pelvik yang ada. Bagaimana untuk tahu tahap lemah otot pelvik? Baca sini.

Persediaan Sebelum Rawatan

Pada hari rawatan anda, pakai pakaian yang selesa yang membolehkan kaki anda terbuka dengan luas dan belakang anda kekal lurus. Posisi ini dimestikan untuk mencapai kedudukan bahagian pelvik yang betul.

Pakaian yang dipakai haruslah nipis dan ringan (bukan jeans atau seluar ketat). Jika perlu, anda boleh membawa sepasang seluar pendek atau legging untuk ditukar sebelum rawatan.

Tenaga elektromagnetik yang terhasil dari mesin Emsella boleh merosakkan peranti elektrik, oleh itu anda perlu menyerahkannya sebelum rawatan. Pesakit yang sedang haid tidak boleh menjalani rawatan pada hari itu.

Rawatan Tanpa Bedah, Tidak Sakit di Amisi

Emsella adalah bebas daripada sakit. Anda akan mengalami kesan kebasan dan pergerakan otot pelvik. Ini akan menjadi lebih intens apabila otot-otot mula menghangat. Rentak getaran semasa rawtan berubah cepat dan denyutan otot yang lebih mendalam. Ini adalah sensasi normal.

Bagi anda yang pertama kali menjalani rawatan ini, peratusan intensiti biasanya dimulakan dari 20% hingga 50%. Tahap intensiti ini boleh dinaikkan sehingga 100% bergantung kepada ketahanan dan keselesaan pesakit.

Tempoh Pemulihan & Rehat (Downtime)

TIADA! Emsella adalah rawatan bersifat luaran dan tidak memerlukan masa untuk rehat sebelum pesakit kembali aktif melakukan aktiviti harian. Anda akan kekal sepenuhnya berpakaian semasa prosedur anda. Semasa rawatan, anda mungkin mengalami sedikit kebas atau lenguh pada bahagian pinggul tetapi anda boleh meneruskan aktiviti harian sebaik sahaja selepas rawatan.

Hasil Rawatan

Biasanya, pesakit memerlukan enam sesi Emsella dan dijarakkan dua kali seminggu. Bergantung pada tahap lemah otot pelvik anda, anda mungkin tidak akan melihat peningkatan yang signifikan sehingga selepas beberapa sesi. Sesetengah pesakit melihat peningkatan selepas hanya satu sesi. Selain dari mempu mengawal rasa kencing, rawatan Emsella juga dapat meningkatkan kualiti hubungan seksual anda dengan meningkatkan sensitiviti semasa hubungan seksual dan menjadikan orgasme lebih mudah dicapai.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Signup for our newsletter to get updated information, promotion & Insight
× Whatsapp Us