fbpx

CLEARANCE SALE sehingga 50% OFF. Berbelanja produk Amisi Apothecary dengan bayaran ANSURAN 3 Kali oleh Hoolah & Atome. Klik Sini

Klik sini untuk mengetahui PROMOSI RAWATAN YEAR END SALE KLINIK AMISI

Days
Hours
Minutes
Seconds

Wanita Bimbang Akan Terkucil Ketika Bersenam? Artikel Ini Khas untuk Anda!

Sebagai seorang wanita, anda pasti ingin menjaga kesihatan dengan mengamalkan senaman ringkas. Tetapi, ada sahaja halangannya seperti masalah terkucil ketika bersenam. 

Masalah terkucil akan membuatkan seseorang berasa kurang selasa untuk meneruskan aktiviti yang sedang dilakukan. 

Oleh itu, kami akan berkongsi dengan anda perkara penting seperti rawatan terkucil dan komplikasi yang boleh memudaratkan kesihatan. 

Artikel Berkait

Masalah Terkucil Bagi Wanita: Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

Bilakah Masalah Terkucil Ini Sering Terjadi? 

wanita menghadapi masalah terkucil

Wanita yang mengalami masalah terkucil acapkali berasa tidak senang untuk melakukan sebarang aktiviti. 

Mengapakah masalah ini boleh menyebabkan kesukaran kepada para wanita? 

Hal ini kerana, masalah terkucil ini bukan sahaja boleh mengganggu fokus ketika bekerja, malah ia akan mengundang rasa was-was. 

Sebagai contoh, umat Islam perlu mementingkan faktor kebersihan dan persekitaran. 

Hal ini kerana agama Islam amat menegaskan isu kebersihan setiap kali sebelum mereka menunaikan kewajipan. 

Isu kebersihan ini meliputi kawasan sekeliling dan juga diri sendiri. 

Disebabkan itu, wanita Muslim perlu lebih berhati-hati kerana masalah terkucil boleh menyebabkan anda berasa kurang senang ketika beribadah. 

Berikut merupakan situasi lain yang boleh mengundang masalah terkucil kepada para wanita: 

  • Bersin 
  • Ketawa 
  • Batuk 
  • Mengangkat barang-barangan berat 
  • Bersenam 
  • Ketika melakukan hubungan intim 

Meskipun begitu, masalah terkucil ini tidak berlaku pada setiap masa atau perbuatan yang sedang dilakukan. 

Kebiasaannya, masalah ini terjadi akibat daripada aktiviti yang menambah tekanan pada pundi kencing. 

Tekanan pada pundi kencing ini akan menyebabkan seseorang itu terkucil tanpa sedar. 

Bukan itu sahaja, masalah terkucil ialah punca utama seseorang itu hilang keyakinan diri. 

Para wanita yang menghidap masalah ini akan berasa malu untuk bersosial serta suka mengasingkan diri. 

Artikel Berkait

Kenali 5 Jenis Perut Buncit Wanita Dan Ketahui 6 Tips Untuk Atasi Masalah Ini

Punca Sebenar Terjadinya Masalah Terkucil 

Antara punca utama terjadi masalah terkucil ini boleh dibahagikan kepada 3 faktor iaitu otot lantai pelvik yang lemah, kerap beranak, dan sembelit. 

Otot lantai pelvik yang lemah tidak dapat membuat kemutan. Ini akan menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk menahan kencing. 

Otot lantai pelvik yang lemah menjadi sebab kenapa anda menggunakan tandas secara kerap di rumah mahupun di tempat kerja. 

Kejadian ini pasti mengundang rasa yang tidak selesa dalam diri anda. 

Selain itu, wanita yang kerap beranak atau mengalami serangan sembelit adalah lebih berisiko menghadapi rahim jatuh.

Apabila ini terjadi, wanita yang mempunyai masalah terkucil sukar untuk mengawal lelehan kencing setiap kali mereka bersenam, bersin, batuk, atau bersin. 

 

Rawatan Untuk Masalah Terkucil Dalam Kalangan Wanita 

doktor menerangkan cara-cara untuk menangani masalah terkucil kepada pesakit.

Buat pengetahuan anda, masalah terkucil sebenarnya boleh dirawat. Jadi, berikut merupakan rawatan yang bersesuaian untuk merawat masalah terkucil:

Senaman Kegel atau kemut 

Buat mereka yang sedang menghadapi masalah terkucil, anda boleh lakukan senaman Kegel. 

Jika anda ingin melakukan senaman ini, anda boleh merujuk kepada panduan di bawah: 

  1. Kempiskan perut anda. 
  2. Lakukan kemutan selama 5 saat. Kemudian, rehatkan otot anda selama 5 saat. 
  3. Ulangi senaman Kegel selama 10 kali. 
  4. Anda digalakkan untuk membuat senaman ini 3 kali sehari. 

Sekiranya anda tidak terbiasa untuk melakukan senaman Kegel, anda boleh mendapatkan rawatan ini daripada Amisi, iaitu sebuah Pusat Penjagaan Pelvik terkemuka di Malaysia. 

 

Rawatan Hormon

Bagi wanita yang ingin merawat masalah terkucil ini, adna boleh menjalani rawatan hormon. Untuk rawatan hormon, ujian darah akan diambil terlebih dahulu. 

Ini adalah untuk menentukan kadar bacaan hormon; estrogen atau testosterone, yang rendah. 

Dengan ini, doktor pakar akan menggantikan dengan ubat-ubatan yang bersesuaian seperti krim sapuan atau pil hormon agar kadar bacaan hormon itu kembali stabil. 

 

Rawatan Pembedahan

Jika rawatan yang dicadangkan tidak menunjukkan perubahan yang positif kepada pesakit, maka rawatan secara pembedahan adalah diperlukan. 

Artikel Berkait

Kerap Terkucil Tanpa Sengaja? Rawat Di Klinik Amisi

Komplikasi Jika Wanita Membiarkan Masalah Terkucil 

Buat anda yang sedang menghadapi masalah terkucil, anda harus berjumpa bersama doktor pakar bagi mengatasi masalah tersebut. 

Sekiranya anda membiarkan masalah itu untuk tempoh yang lebih lama, anda berkemungkinan untuk mengalami: 

  1. Tidak berasa puas ketika membuang air kecil 
  2. Sukar untuk menahan kemutan ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan
  3. Kurang berkeyakinan untuk bersosial 
  4. Menyebabkan iritasi pada bahagian faraj yang terkena air kencing 

 

Atasi Masalah Terkucil Dengan Mendapatkan Rawatan Di Amisi 

Wanita yang sedang menghadapi masalah terkucil perlu bertindak segera bagi menangani masalah ini. 

Untuk itu, anda boleh mendapatkan rawatan bersama kami di Amisi! 

logo amisi

Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda disarankan memilih kami:

  • Selamat & berkesan

Rawatan yang selamat untuk wanita dan lelaki. Ramai pesakit yang sudah mengalami sendiri kesan positif seawal rawatan pertama.

  • Kesan 11,000 X Kegel

Rawatan yang dijalankan untuk masalah terkucil ini sangat revolutionary hinggakan kesannya sama seperti 11,000 kali senaman kegel!

  • Tanpa buka baju

Ya! privasi anda terjaga, Anda tidak perlu membuka pakaian ketika rawatan ini. Hanya datang dengan pakaian kegemaran anda dan jalani rawatan terus!

Berikut adalah beberapa detail lain yang anda perlu tahu jika anda ingin mendapatkan rawatan bersama kami!

  • Konsultasi : Wajib (sebelum bermula rawatan)
  • Tempoh : Bergantung kepada tahap sakit
  • Durasi : 30 minit setiap sesi
  • Privasi : Tidak perlu buka pakaian
  • Harga : RM350/sesi (first trial – rawatan ) + PERCUMA Konsultasi bernilai RM50
  • Keberkesanan : 95% merasakan perubahan baik selepas sesi pertama.

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang rawatan ini, anda boleh ke laman web kami di sini untuk dapat tahu dengan lebih lanjut tentang servis kami.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published.