Tentang Kami
Rawatan oleh wanita, untuk wanita — di setiap peringkat hidup anda.
Kisah kami
Klinik yang bermula dengan mendengar.
Klinik Amisi bermula dengan Datin Dr. Ismaliza Ismail dan satu soalan yang beliau dengar berulang kali, secara senyap: di mana seorang wanita boleh berkongsi tentang perubahan selepas bersalin, kesihatan intim dan penuaan kulit — tanpa rasa tergesa-gesa atau dihakimi?
Klinik Amisi pertama dibuka di Bandar Baru Bangi pada 2018 untuk menjawab soalan itu. Bermula sebagai satu klinik kejiranan kecil, kini ia telah berkembang menjadi rangkaian empat cawangan di Klang Valley, disokong oleh pasukan perubatan wanita sepenuhnya dan terapis terlatih.
Falsafah kami kekal sama di setiap cawangan. Kami konsultasi dulu sebelum merawat, kami terangkan dulu sebelum mencadangkan, dan kami dampingi anda sepanjang pelan rawatan anda diperlukan.
Datin Dr. Ismaliza Ismail, Pengasas dan Pengarah Perubatan.
Prinsip kami
Empat prinsip yang membimbing setiap konsultasi.
Prinsip ini terserlah dalam cara kami sambut anda di kaunter, cara kami rangka rawatan, dan cara kami susulan selepas itu.
-
Keprihatinan
Kami dengar dulu, faham keadaan anda, sebelum apa-apa cadangan dibuat.
-
Kecemerlangan
Rawatan dikendalikan doktor, berpandukan protokol bukti klinikal, dengan latihan berterusan di setiap cawangan.
-
Privasi
Bilik konsultasi persendirian, rekod terjaga dan pasukan wanita sepenuhnya — memudahkan anda mulakan perbualan yang sensitif.
-
Keyakinan Diri
Kami terangkan dulu, baru rawat. Supaya anda pulang lebih faham, lebih yakin dan buat keputusan sendiri.
Tahun menjaga wanita
Cawangan di Lembah Klang
Pasukan perubatan wanita sepenuhnya
Bidang penjagaan
Rangka rawatan kami
Empat tunjang penjagaan wanita.
Perkhidmatan kami disusun ikut isu yang paling kerap dikongsi wanita. Pilih bahagian yang paling dekat dengan matlamat anda, kami bantu rangka dari situ.
Kulit
Biar kulit anda mula berseri
Dermatologi estetik — facial, laser, microneedling, RF lifting dan skinbooster.
Terokai kulit Tunjang 02Badan
Bentuk badan, bina keyakinan
Pengurusan berat badan dan body contouring — suntikan cair lemak, RF tightening, fat reduction tanpa pembedahan.
Terokai badan Tunjang 03Pelvic
Kembali terkawal, kembali yakin
Kuatkan otot pelvic floor untuk masalah kencing tak lawas dan pemulihan selepas bersalin.
Terokai pelvic Tunjang 04Intim
Kembalikan keselesaan, perbaharui keyakinan
Kesihatan intim wanita — vaginal rejuvenation, masalah kekeringan, pemulihan selepas bersalin.
Terokai intimPasukan kami
Kenali doktor dan terapis di sebalik Klinik Amisi.
Setiap peranan klinikal di Klinik Amisi dipegang oleh wanita. Doktor bertauliah LCP kami dibantu terapis, jururawat dan staf kaunter berpengalaman yang terlatih menangani perbualan sensitif dengan penuh keprihatinan.
Lokasi kami
Empat cawangan di seluruh Klang Valley.
Bangi cawangan pertama dan paling lama beroperasi. Putrajaya, Shah Alam dan cawangan terbaru kami di Kuala Lumpur (Marc Residence) semuanya kekalkan standard penjagaan yang sama.